Saturday, 31 December 2011
Selamat Datang 2012
Tinggal beberapa jam lagi kita akan meninggalkan Tahun 2011. Sesungguhnya banyak cerita dan sejarah telah tercipta. Semoga apa yang tercatat menjadi pendoman untuk Tahun 2012. Yang baik diambil untuk tsuladan yang kurang menyenangkan jadikan sempadan. Tolehlah kebelakang sebagai pendoman kita untuk kita memacu masa depan dengan garis panduan yang telah diberikan oleh Rasulullah SAW iaitu Al-Quran dan SunnahNya. Selangor Negeri Berkebajikan semoga menjadi impian. Selamat Tahun Baru 2012 dari kami Pengerusi dan Ahlijawatankuasa.
Thursday, 22 December 2011
TAHNIAH !!!!
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pelajar Kampung yang mendapat keputusan cemerlang dalam keputusan PMR. Yang kurang cemerlang...tingkat usaha lagi yea....masih panjang lagi perjalanan..untuk menuju puncak....Teruskan...
Tuesday, 6 December 2011
Pertandingan Blog JKKK Peringkat Negeri Selangor
JKKK Kampung Kanchong Tengah telah menyertai pertandingan Blog JKKK Peringkat Negeri Selangor yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri. Dalam Pertandingan tersebut, Kg. Kanchong Tengah telah mendapat hadiah Saguhati dengan wang tunai RM 200.00 dan sijil penyertaan. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terilbat secara langsung atau tidak dalam menjayakan pembinaan blog kampung ini. Sekarang KANCHONG TENGAH 'Mata Dunia'...
Friday, 25 November 2011
Salam Hijrah 1433H
Salam Maal hijrah kepada semua Muslimin dan Muslimat seluruh dunia terutama warga kampung dari Pentadbiran JKKK. Semoga kemunculan tahun baru menjadi kita bertambah baik amalan di dunia dan InsyaAllah mendapat ganjaran sebaiknya di Akhirat amin..
Tuesday, 22 November 2011
Garadu rebah tersungkur...Tahniah Harimau Malaya...!!!
Tahniah dan syabas untuk Skuad Kebangsaan Bawah 23 tahun atas kejayaan mengekalkan pingat emas Sukan Sea 2011 di Jakarta - Palembang dengan mengalahkan Indonesia melalui penentuan sepakan penalti 4-3 setelah seri 1-1. Viva Malaysia...
Thursday, 17 November 2011
Tahniah !!!
Tahniah dan syabas diucapkan kepada En. Rafi Samin yang juga AJK JKKK atas kejayaan anak beliau Elis Zulaika yang telah berjaya mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan MUNTAZ dalam Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA). Semoga kejayaan anak beliau menjadi inpirasi anak-anak kampung ini.
Tuesday, 15 November 2011
SELAMAT BERJUANG ANAK KAMPUNG
Pengerusi Dan Ahli Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) mengucapkan selamat berjuang dalam 'pertempuran SPM/STPM 2011' kepada semua anak-anak watan kampung Kanchong Tengah. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang...
Wednesday, 9 November 2011
Penduduk kampung 'Mengganas' pada Ahad Lalu...
Air free...mari kite main airrrrrr......Gereh dan Haziq....' |
'Cepat sikit.... tak sabar nak angkat nie... |
Aksi Pak Imam Nasirin tanpa belas kasihan...hehehehehe |
'Dah ko duduk kan...ko pulas ekor nya..tak patut betul la ko Izar'. En. Alan ko pegang ape tu???? |
'Kalo tak de orang dah aku bawa lariii ni...' En. mamat patut-patut laaaaa...orang lain pun nak gak.... |
'Timbang ni betul atau mata aku yang dah layu???? ' Fauzan |
Ini sekadar gambar hiasan sahaja dan aksi ini pun hanya hiasan (eksyen jer) ahaksss....(Jangan marah En. Yusaini hikhik) |
Penumbuhan 'ekor' secara candid camera...hikhikhik...AVATAR betul |
Ketua Kampung (Mahadi Hj. Misro) tekun melapah...anak buah????? tengok/ambil gambo hehehehehe |
Ape yang penting kerjasama....123 tarik...macam tarik tali plak... |
Basuh bersih-bersih ..... suke budak-budak main air... |
Friday, 4 November 2011
SALAM AIDIL ADHA 1432H
Pengerusi dan AJK Kampung Kanchong Tengah mengucap Selamat Menyambut Hari Aidil Adha 1432 Hijrah pada 6 November 2011 yang akan disambut semua umat islam seluruh dunia. Semoga setiap 'pengorbanan' penduduk kampung ini dalam kehidupan harian mendapat keredaanNya.
Thursday, 29 September 2011
LAMBAIAN KAABAH 1432 HIJRAH
Bermula perjalanan HambaNya yang terpilih ke Kota Suci Makkah dan Madinnah. Beruntung dan tahniah kepada yang dijemput olehNya. Semoga perjalanan pergi dan balik nanti mendapat KerahmatNya. Pengerusi dan Ahlijawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK) mengucapkan selamat pergi dan balik untuk mengerjakan ibadah haji pada tahun ini 2011, terutama kepada penduduk kampung ini yang terpilih. Semoga mendapat 'Haji yang Mabrur'...
Wednesday, 28 September 2011
KORBAN KONGSI SEMPENA AIDIL ADHA 1432H
Sempena Hari Raya Aidil Adha/Hari Raya Korban 1432H yang dijangka jatuh pada 6 November 2011, Pengurusan Masjid Annur Kampung Kanchong Tengah akan mengadakan korban Kongsi yang terbuka kepada semua penduduk kampung ini. Kepada sesiapa yang berminat boleh berhubung dengan Pentadbiran Masjid atau Pegawai Masjid seperti nama di bawah :
Nazir (HJ. Mohd Hamidin Serimin) - 013-212 4797
Bendahari (Hj. Saroni Miro) - 019-643 0914 / 03-3187 6419
Monday, 26 September 2011
Saturday, 24 September 2011
KEMERIAHAN RUMAH TERBUKA JKKK
Sungguh meriah..terima kasih kepada semua penduduk kampung yang telah hadir ke Rumah terbuka JKKK. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada dermawan yang telah menyumbang untuk majlis ini. Tidak dilupakan kepada semua AJK yang terlibat dalam Rumah Terbuka JKKK. Maaf zahir batin jika ada kekurangan. Tahun depan InsyaAllah kita buat lagi.
Thursday, 22 September 2011
RUMAH TERBUKA JKKK
JEMPUTAN KE MAJLIS RUMAH TERBUKA / JAMUAN HARIRAYA KAMPUNG KANCHONG TENGAH
Syukur ke Hadrat Allah SWT atas limpah kurniaNya serta Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhamad SAW. Selamat hari Raya Maaf Zahir Dan Batin saya ucapkan.
Dengan sukacitanya, saya dan Ahli Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung menjemput pihak tuan dan Ahli Jawatankuasa serta keluarga hadir ke Majlis Rumah Terbuka/Jamuan Hariraya seperti ketetapan dibawah :
Tarikh : 23 hb September 2011 (Jumaat malam Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Dewan Masyarakat Kampung Kanchong Tengah.
Dengan kehadiran pihak tuan, majlis ini akan bertambah seri lagi. Semoga keakraban serta jalinan silaturrahim semakin erat InnsyaAllah. Salam Aidil fitri sekali lagi diucapkan.
Sekian.
MAHADI BIN HAJI MISRO
Pengerusi JKKK / Ketua Kampung
Kampung Kanchong Tengah
LAWATAN DYMM SRI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG
MENJUNJUNG KASIH TUANKU
Pengerusi Dan Ahli Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung Menjunjung Kasih atas kesudian Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah ke atas lawatan Rasmi ke Negeri Selangor Darul Ehsan dan khusus ke Pantai Morib Kuala Langat pada 22 September 2011.
Wednesday, 17 August 2011
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
Sempena sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang akan diraikan pada 31 Ogos dan 16 September 2011, JKKK Kampung Kanchong Tengah akan menjalankan kempen "SATU RUMAH SATU BENDERA". Ini bertujuan untuk mennyematkan semangat cintakan Negara Malaysia di setiap penduduk kampung. Pihak pentadbiran kampung akan berusaha memeriahkan dan menghias kampung dengan Jalur Gemilang sepanjang tempoh tersebut. Diharap penduduk kampung dapat bersama-sama menyertai kempen tersebut.
SALAM RAMADHAN DAN SYAWAL 1432H
Pengerusi Serta Ahli Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidil fitri Maaf Zahir Dan Batin' Kepada Semua Penduduk Kampung Kanchong Tengah.
'Keluputan Di Ngaporo lahir batin'
Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi. Bulan yang dengan penuh rahmat dan keberkatan.
Rasulullah SAW seringkali berdoa:
“Ya..Allah, berkatilah kami dalam bulan Syaaban, dan (panjangkan umur kami ) sehingga bertemu dengan Ramadhan.”
Betapa besarnya rahmat Ilahi bilamana kita dipanjangkan umur sehingga bertemu dengan Ramadhan. Kerana sabda Rasulullah s.a.w:
“Antara Ramadhan ke Ramadhan adalah pengampunan Allah.”
Maksudnya sesiapa yang dipanjangkan umur sehingga dapat bertemu dengan Ramadhan, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya (dosa kecil). Panjang umur bukan kerja kita, ia benar-benar hak mutlak Allah; lantaran itu marilah kita mensyukurinya.
Kelebihan Ramadhan
Bulan Ramadhan mempunyai banyak kelebihan antaranya;
1. Bulan diturunkan Al-Quran
Maksudnya: Bulan Ramadhan padanya diturunkan al-Quran yang mempunyai keterangan-keterangan yang nyata sebagai petunjuk kepada manusia
2. Bulan penuh berkat
Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang disebut sebagai bulan mulanya rahmat, ditengahnya pengampunanNya dan akhirnya merdeka daripada api neraka.
“Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, apabila bulan Ramadhan telah datang maka dibukalah pintu-pintu syurga, dihapuslah pintu-pintu neraka dan di ikatlah semua syaitan.
3. Bulan Penghapusan dosa
Maksudnya: Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa berpuasa Ramadhan dan berjaga malamnya dengan penuh kepercayaan dan ketelusan ikhlasnya nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu. .
4. Bulan diturunkan Lailatul Qadar
Maksudnya: Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran ) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apa dia Lailatul Qadar itu. Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu diturunkan malaikat dan Jibril dengan izin tuhan mereka untuk mengutus segala urusan. Sejahteralah(malam) sehingga terbit fajar.
Dipetik dari : http://www.muftiselangor.gov.my
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN UNTUK SEMUA PENDUDUK KAMPUNG KANCHONG TENGAH
Monday, 1 August 2011
PENGENALAN DAN SEJARAH KAMPUNG
K |
anchong Tengah mendapat namanya berdasarkan kedudukan kampung ini terletak di antara Kampung Kanchong Darat disebelah utara dan Kampung Endah disebelah selatan.
Sejarah kampung ini telah dibuka dan diteroka oleh sebilangan kecil penduduk dari Kampung Kanchong Darat pada tahun 1961. Juga disertai beberapa penduduk kampung Endah.
Kampung ini dihubungi oleh jalan tanah pada tahun 1970an dan pada tahun 1987 jalan tar dibina dijalan utama sepanjang 5km.
Berada di Daerah Kuala Langat, mempunyai keluasan kampung 1,107.7 hektar (2,737.18 ekar) dan tanah wakaf seluas 1.6 hektar (3.95 ekar) kampung ini agak besar berbanding dengan penduduknya seramai lebih kurang 937 orang. (Berdasarkan bancian khairat kematian). Hampir 90% kampung ini ditanam tanaman kelapa sawit selain penempatan penduduk.
Sejauh 6km dari Pekan Banting dan 4km dari Pantai Morib. Kampung ini adalah diluar kawasan Majlis dan dibawah Rizab Melayu.
JKKK ditubuhkan pada 20hb Mac 1973 dipengerusikan oleh Tuan Haji Sihir Bin Danuri. Beliau menerajui JKKK sehingga tahun 2008. Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung Kanchong Tengah kini dipengerusikan oleh En. Mahadi Bin Hj. Misro dan dibantu oleh 14 Ahli Jawatankuasa Kampung. Ahli jawatankuasa terdiri dari penduduk kampung ini dari pelbagai bidang pekerjaaan.
SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA KAMPUNG (JKKK) 2008/2012
NAMA | JAWATAN | PEKERJAAN |
MAHADI BIN HJ MISRO | KETUA KAMPUNG | BEKERJA SENDIRI |
NAZLI BIN TARIVES | SETIAUSAHA | PEN.PEGAWAI TANAH |
ASMADI BIN MOHAMAD ALI | BENDAHARI | BEKERJA SENDIRI |
SOBOHARTO BIN AHMAD SARIMIN | AJK | PEKERJA MAS |
SAMSUDDIN BIN SARING | BIRO EKONOMI,PENDIDIKAN & SUMBER MANUSIA | PEKERJA TNB |
AHMAD HAMIDIN BIN AHMAD SARIMIN | BIRO AGAMA & KEBAJIKAN | GURU AGAMA |
NAZRI BIN MOHD ARSHAD | BIRO SUKAN,REKREASI & ICT | BEKERJA SENDIRI |
PUAN ROSNAH BINTI DIMAN | BIRO EKONOMI,PENDIDIKAN & SUMBER MANUSIA | BEKERJA SENDIRI |
AZDMI BIN ISMAIL | AJK | PEMANDU LORI |
MOHD FAUZAN BIN SARING | BIRO AGAMA DAN KEBAJIKAN | INSTRUCTOR |
MOHD RAFI BIN SAMIN | AJK | BEKERJA SENDIRI |
MISRAN BIN DULAH | BIRO KESELAMATAN,SOSIAL & KEBUDAYAAN | BEKERJA SENDIRI |
SITI ZAITON BINTI RIBUT | BIRO HAL EHWAL WANITA | SURI RUMAH |
RUZITA BIN MUHAMAD SURANI | BIRO HAL EHWAL WANITA | SURI RUMAH |
ROSLINDAWATY BINTI MUSANIP | BIRO HAL EHWAL WANITA | SURI RUMAH |
PROGRAM/AKTIVITI JKKK SESSI 2008-2012
PROGRAM/AKTIVITI AHLI JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG KANCHONG TENGAH UNTUK SESSI 2008-2012
BIL | PROGRAM | TARIKH | TEMPAT | CATITAN |
1 | Majlis Penerangan Zakat oleh Pegawai Zakat Kuala Langat | 9 Dis 2008 | Balai JKKK Kanchong Tengah | Pegawai Zakat Kuala Langat |
2 | Majlis Sumbangan Beg/Kasut Sekolah Oleh Pusat Khidmat DUN Morib | 31 Dis 2008 | Dewan Masyarakat Kanchong Tengah | Penyelaras DUN Morib |
3 | Perjumpaan YAB Dato Menteri Besar bersama JKKK | 8 Mac 2009 | Kompleks Belia Shah Alam | Peringkat Negeri |
4 | Program Pemindahan Mangsa Banjir | 2 Sept 2009 | Dewan Masyarat Kanchong Tengah | |
5 | Program Sumbangan Warga Emas Peringkat DUN Morib | 25 Mac 2010 | Dewan Masyarat Kanchong Tengah | YB Dr Abd Rani Osman DUN Meru |
6 | Gotong Royong Perdana | 4 April 2010 | Sekitar Kampung | |
7 | Gotong Royong Pemasangan Signboard Jalan | 18 April 2010 | Sekitar Kampung | |
8 | Pertandingan Layang Tegak | 16 Mei 2010 | Sekolah Kebangsaan Kanchong Tengah | |
9 | Gotong Royong Masjid | 2 Mei 2010 | Masjid Annur | |
10 | Program Penghayatan Islam Peringkat Kuala Langat | 4 Jun 2010 | Masjid Annur | Peringkat Negeri Selangor |
11 | Program Lawatan Pemahaman Kerajaan Negeri | 29 Jun 2010 | Bangunan SUK | |
12 | Gotong Royong Perdana Sempena Bulan Ramadhan | 25 Julai 2010 | Sekitar Kampung | |
13 | Program Bubur Lambuk Peringkat Kampung | 29 Ogos 2010 | Masjid Annur | |
14 | Sambutan Hari Kemerdekaan/ Sambutan Aidil Fitri | 31 Ogos 2010 | Sekitar Kampung | |
15 | Majlis Ihya Ramadhan Peringkat Zon MPP 22 | 4 Sept 2010 | Masjid Kanchong Darat | |
16 | Jamuan Hari Raya Bersama Pemuda Kampung | 2 Okt 2010 | Dewan Masyarakat Kanchong Tengah | |
17 | Jamuan Hari Raya Bersama Anak-anak Yatim/AIM | 9 Okt 2010 | Dewan Masyarakat Kanchong Tengah | |
18 | Sambutan Aidil Adha Peringkat Kampung | 17 Nov 2010 | Sekitar Kampung | |
19 | Pertandingan Futsal Peringkat Kampung | 27 Nov 2010 | OLE Olak Lempit | |
20 | Pertandingan Badminton Peringkat Kampung | 20 Nov 2010 | Dewan Tali Air | |
21 | Gotong Royong Dan Mengecat Dewan | 28 Nov 2010 | Dewan Masyarakat Kanchong Tengah | |
22 | Pembukaan Gelanggang Silat Cemandi | 28 Nov 2010 | Rumah En Miswan | |
23 | Program Mengecat Surau | 5 Dis 2010 | Surau Ar Rahim | |
24 | Program Talian Kasih Oleh Muslimat PAS (Lujnah Kebajikan/ Kemasyarakatan. | 28 Dis 2010 | Dewan Masyarakat Kanchong Tengah | Penyelaras DUN Morib |
25 | Tahsinul Wal Qiraat Anjuran Ahli Parlimen K Langat | 8 Jan 2011 | Masjid Annur | |
26 | Gotong-Royong Pindah Rumah Ke Program Rumah Prihatin | 27 Feb 2011 | Rumah En Ribut Hj Sirat | |
27 | Kawalan Keselamatan/Mencegah Jenayah Sepanjang Malam | Awal Tahun 2011 | Sekitar Kampung | |
28 | Gotong-Royong Kampung | 24 April 2011 | Sekitar Kampung | |
29 | Program Marhaban/Nasyid Bagi Pemuda Kampung | Sepanjang Tahun | Rumah En Arshad | |
30 | Program Ziarah Warga Emas/Uzur | 31 Julai 2011 | Rumah Yang Berkaitan |
Subscribe to:
Posts (Atom)
MERDEKA MERDEKA MERDEKA #MALAYSIA PRIHATIN
Meriah sungguh kampong kita ni...pintu gerbang berwajah baru diwarnai dengan pemasangan bendera sempena Hari Kemerdekaan yang ke 63 #mala...
'KENANGAN LALU...'
-
K anchong Tengah mendapat namanya berdasarkan kedudukan kampung ini terletak di antara Kampung Kanchong Darat disebelah utara dan Kampung...
-
10 NOVEMBER 2019 Berlangsung di Dewan MMA kanchong Darat, seramai 28 orang peserta beradu tenaga, skill, kemaharian dalam pertandingan ...
-
SABTU 14 OKTOBER 2017 Perghhhh sungguh meriah.... terima kasih orang kampong yang memeriahkan Pertandingan Memancing Kampung Kanchong Teng...
-
Terima kasih kepada Lembaga Zakat Selangor dan pembayar zakat kerana telah menyumbang sebuah Van Jenazah untuk kegunaan kariah kampong ini ...