Friday, 26 October 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA



AIDILADHA yang dirayakan pada 10 Zulhijah adalah tanda pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail mentaati perintah Allah. Ia juga simbol perpaduan ummah apabila setiap tahun umat Islam berhimpun di Makkah untuk menunaikan ibadat haji. 

Bertakbir hanya sehari di Aidilfitri tetapi dituntut bertakbir selama empat hari berturut-turut di Aidiladha, disunatkan mengerjakan solat sunat hari raya, diwajibkan membayar zakat fitrah pada Aidilfitri tetapi disunatkan melakukan ibadat korban sebagai tanda ketakwaan dan keimanan terhadap Allah selepas solat sunat Aidiladha. 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat
korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi). k.b.t


"SELAMAT MELAKUKAN IBADAH KORBAN UNTUK PENDUDUK KAMPUNG KANCHONG TENGAH"


Saturday, 18 August 2012

SELAMAT HARI RAYA



SELAMAT HARI RAYA

 Ucapan selamat hari raya untuk penduduk2 kampung kanchong tengah.Kepada perantau2  
 selamat pulang ke kampung halaman.Kepada yg tak dapat balik kampung jgn sedih2.Akhir kata sekali lagi di ucapkan 

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Thursday, 16 August 2012

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN



SALAM RAMADHAN

andai semua HARTA adalah RACUN 
maka zakatlah PENAWARNYA

jika seluruh UMUR adalah DOSA
maka TAQWA TAUBAT adalah UBATNYA

jika semua BULAN adalah NODA
maka RAMADHAN lah PEMBERSIHNYA.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DI UCAPKAN





Thursday, 16 February 2012

PROGRAM MAULIDUR RASUL 1433H






Jom datang beramai kita penuhkan masjid kite pada malam minggu ni untuk mendengar majlis ilmu dan mengimarahakan masjid kite yang telah berwajah baru....









Friday, 3 February 2012

Salam Maulidur Rasul 1433H


Selawat serta Salam ke Atas Junjungan Nabi Muhamad SAW serta Keluarga Beliau dan Para Sahabat.  Mari kita perbanyakan selawat ke Atas Rasulullah agar kita mendapat syafaat pad Hari Pembalasan nanti.  Salam Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal 1433 H dari kami...

 

MERDEKA MERDEKA MERDEKA #MALAYSIA PRIHATIN

Meriah sungguh kampong kita ni...pintu gerbang berwajah baru diwarnai dengan pemasangan bendera sempena Hari Kemerdekaan yang ke 63 #mala...

'KENANGAN LALU...'