Sempena sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang akan diraikan pada 31 Ogos dan 16 September 2011, JKKK Kampung Kanchong Tengah akan menjalankan kempen "SATU RUMAH SATU BENDERA". Ini bertujuan untuk mennyematkan semangat cintakan Negara Malaysia di setiap penduduk kampung. Pihak pentadbiran kampung akan berusaha memeriahkan dan menghias kampung dengan Jalur Gemilang sepanjang tempoh tersebut. Diharap penduduk kampung dapat bersama-sama menyertai kempen tersebut.
Wednesday, 17 August 2011
SALAM RAMADHAN DAN SYAWAL 1432H
Pengerusi Serta Ahli Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidil fitri Maaf Zahir Dan Batin' Kepada Semua Penduduk Kampung Kanchong Tengah.
'Keluputan Di Ngaporo lahir batin'
Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi. Bulan yang dengan penuh rahmat dan keberkatan.
Rasulullah SAW seringkali berdoa:
“Ya..Allah, berkatilah kami dalam bulan Syaaban, dan (panjangkan umur kami ) sehingga bertemu dengan Ramadhan.”
Betapa besarnya rahmat Ilahi bilamana kita dipanjangkan umur sehingga bertemu dengan Ramadhan. Kerana sabda Rasulullah s.a.w:
“Antara Ramadhan ke Ramadhan adalah pengampunan Allah.”
Maksudnya sesiapa yang dipanjangkan umur sehingga dapat bertemu dengan Ramadhan, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya (dosa kecil). Panjang umur bukan kerja kita, ia benar-benar hak mutlak Allah; lantaran itu marilah kita mensyukurinya.
Kelebihan Ramadhan
Bulan Ramadhan mempunyai banyak kelebihan antaranya;
1. Bulan diturunkan Al-Quran
Maksudnya: Bulan Ramadhan padanya diturunkan al-Quran yang mempunyai keterangan-keterangan yang nyata sebagai petunjuk kepada manusia
2. Bulan penuh berkat
Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang disebut sebagai bulan mulanya rahmat, ditengahnya pengampunanNya dan akhirnya merdeka daripada api neraka.
“Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, apabila bulan Ramadhan telah datang maka dibukalah pintu-pintu syurga, dihapuslah pintu-pintu neraka dan di ikatlah semua syaitan.
3. Bulan Penghapusan dosa
Maksudnya: Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa berpuasa Ramadhan dan berjaga malamnya dengan penuh kepercayaan dan ketelusan ikhlasnya nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu. .
4. Bulan diturunkan Lailatul Qadar
Maksudnya: Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran ) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apa dia Lailatul Qadar itu. Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu diturunkan malaikat dan Jibril dengan izin tuhan mereka untuk mengutus segala urusan. Sejahteralah(malam) sehingga terbit fajar.
Dipetik dari : http://www.muftiselangor.gov.my
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN UNTUK SEMUA PENDUDUK KAMPUNG KANCHONG TENGAH
Monday, 1 August 2011
PENGENALAN DAN SEJARAH KAMPUNG
K |
anchong Tengah mendapat namanya berdasarkan kedudukan kampung ini terletak di antara Kampung Kanchong Darat disebelah utara dan Kampung Endah disebelah selatan.
Sejarah kampung ini telah dibuka dan diteroka oleh sebilangan kecil penduduk dari Kampung Kanchong Darat pada tahun 1961. Juga disertai beberapa penduduk kampung Endah.
Kampung ini dihubungi oleh jalan tanah pada tahun 1970an dan pada tahun 1987 jalan tar dibina dijalan utama sepanjang 5km.
Berada di Daerah Kuala Langat, mempunyai keluasan kampung 1,107.7 hektar (2,737.18 ekar) dan tanah wakaf seluas 1.6 hektar (3.95 ekar) kampung ini agak besar berbanding dengan penduduknya seramai lebih kurang 937 orang. (Berdasarkan bancian khairat kematian). Hampir 90% kampung ini ditanam tanaman kelapa sawit selain penempatan penduduk.
Sejauh 6km dari Pekan Banting dan 4km dari Pantai Morib. Kampung ini adalah diluar kawasan Majlis dan dibawah Rizab Melayu.
JKKK ditubuhkan pada 20hb Mac 1973 dipengerusikan oleh Tuan Haji Sihir Bin Danuri. Beliau menerajui JKKK sehingga tahun 2008. Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung Kanchong Tengah kini dipengerusikan oleh En. Mahadi Bin Hj. Misro dan dibantu oleh 14 Ahli Jawatankuasa Kampung. Ahli jawatankuasa terdiri dari penduduk kampung ini dari pelbagai bidang pekerjaaan.
SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA KAMPUNG (JKKK) 2008/2012
NAMA | JAWATAN | PEKERJAAN |
MAHADI BIN HJ MISRO | KETUA KAMPUNG | BEKERJA SENDIRI |
NAZLI BIN TARIVES | SETIAUSAHA | PEN.PEGAWAI TANAH |
ASMADI BIN MOHAMAD ALI | BENDAHARI | BEKERJA SENDIRI |
SOBOHARTO BIN AHMAD SARIMIN | AJK | PEKERJA MAS |
SAMSUDDIN BIN SARING | BIRO EKONOMI,PENDIDIKAN & SUMBER MANUSIA | PEKERJA TNB |
AHMAD HAMIDIN BIN AHMAD SARIMIN | BIRO AGAMA & KEBAJIKAN | GURU AGAMA |
NAZRI BIN MOHD ARSHAD | BIRO SUKAN,REKREASI & ICT | BEKERJA SENDIRI |
PUAN ROSNAH BINTI DIMAN | BIRO EKONOMI,PENDIDIKAN & SUMBER MANUSIA | BEKERJA SENDIRI |
AZDMI BIN ISMAIL | AJK | PEMANDU LORI |
MOHD FAUZAN BIN SARING | BIRO AGAMA DAN KEBAJIKAN | INSTRUCTOR |
MOHD RAFI BIN SAMIN | AJK | BEKERJA SENDIRI |
MISRAN BIN DULAH | BIRO KESELAMATAN,SOSIAL & KEBUDAYAAN | BEKERJA SENDIRI |
SITI ZAITON BINTI RIBUT | BIRO HAL EHWAL WANITA | SURI RUMAH |
RUZITA BIN MUHAMAD SURANI | BIRO HAL EHWAL WANITA | SURI RUMAH |
ROSLINDAWATY BINTI MUSANIP | BIRO HAL EHWAL WANITA | SURI RUMAH |
PROGRAM/AKTIVITI JKKK SESSI 2008-2012
PROGRAM/AKTIVITI AHLI JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG KANCHONG TENGAH UNTUK SESSI 2008-2012
BIL | PROGRAM | TARIKH | TEMPAT | CATITAN |
1 | Majlis Penerangan Zakat oleh Pegawai Zakat Kuala Langat | 9 Dis 2008 | Balai JKKK Kanchong Tengah | Pegawai Zakat Kuala Langat |
2 | Majlis Sumbangan Beg/Kasut Sekolah Oleh Pusat Khidmat DUN Morib | 31 Dis 2008 | Dewan Masyarakat Kanchong Tengah | Penyelaras DUN Morib |
3 | Perjumpaan YAB Dato Menteri Besar bersama JKKK | 8 Mac 2009 | Kompleks Belia Shah Alam | Peringkat Negeri |
4 | Program Pemindahan Mangsa Banjir | 2 Sept 2009 | Dewan Masyarat Kanchong Tengah | |
5 | Program Sumbangan Warga Emas Peringkat DUN Morib | 25 Mac 2010 | Dewan Masyarat Kanchong Tengah | YB Dr Abd Rani Osman DUN Meru |
6 | Gotong Royong Perdana | 4 April 2010 | Sekitar Kampung | |
7 | Gotong Royong Pemasangan Signboard Jalan | 18 April 2010 | Sekitar Kampung | |
8 | Pertandingan Layang Tegak | 16 Mei 2010 | Sekolah Kebangsaan Kanchong Tengah | |
9 | Gotong Royong Masjid | 2 Mei 2010 | Masjid Annur | |
10 | Program Penghayatan Islam Peringkat Kuala Langat | 4 Jun 2010 | Masjid Annur | Peringkat Negeri Selangor |
11 | Program Lawatan Pemahaman Kerajaan Negeri | 29 Jun 2010 | Bangunan SUK | |
12 | Gotong Royong Perdana Sempena Bulan Ramadhan | 25 Julai 2010 | Sekitar Kampung | |
13 | Program Bubur Lambuk Peringkat Kampung | 29 Ogos 2010 | Masjid Annur | |
14 | Sambutan Hari Kemerdekaan/ Sambutan Aidil Fitri | 31 Ogos 2010 | Sekitar Kampung | |
15 | Majlis Ihya Ramadhan Peringkat Zon MPP 22 | 4 Sept 2010 | Masjid Kanchong Darat | |
16 | Jamuan Hari Raya Bersama Pemuda Kampung | 2 Okt 2010 | Dewan Masyarakat Kanchong Tengah | |
17 | Jamuan Hari Raya Bersama Anak-anak Yatim/AIM | 9 Okt 2010 | Dewan Masyarakat Kanchong Tengah | |
18 | Sambutan Aidil Adha Peringkat Kampung | 17 Nov 2010 | Sekitar Kampung | |
19 | Pertandingan Futsal Peringkat Kampung | 27 Nov 2010 | OLE Olak Lempit | |
20 | Pertandingan Badminton Peringkat Kampung | 20 Nov 2010 | Dewan Tali Air | |
21 | Gotong Royong Dan Mengecat Dewan | 28 Nov 2010 | Dewan Masyarakat Kanchong Tengah | |
22 | Pembukaan Gelanggang Silat Cemandi | 28 Nov 2010 | Rumah En Miswan | |
23 | Program Mengecat Surau | 5 Dis 2010 | Surau Ar Rahim | |
24 | Program Talian Kasih Oleh Muslimat PAS (Lujnah Kebajikan/ Kemasyarakatan. | 28 Dis 2010 | Dewan Masyarakat Kanchong Tengah | Penyelaras DUN Morib |
25 | Tahsinul Wal Qiraat Anjuran Ahli Parlimen K Langat | 8 Jan 2011 | Masjid Annur | |
26 | Gotong-Royong Pindah Rumah Ke Program Rumah Prihatin | 27 Feb 2011 | Rumah En Ribut Hj Sirat | |
27 | Kawalan Keselamatan/Mencegah Jenayah Sepanjang Malam | Awal Tahun 2011 | Sekitar Kampung | |
28 | Gotong-Royong Kampung | 24 April 2011 | Sekitar Kampung | |
29 | Program Marhaban/Nasyid Bagi Pemuda Kampung | Sepanjang Tahun | Rumah En Arshad | |
30 | Program Ziarah Warga Emas/Uzur | 31 Julai 2011 | Rumah Yang Berkaitan |
Subscribe to:
Posts (Atom)
MERDEKA MERDEKA MERDEKA #MALAYSIA PRIHATIN
Meriah sungguh kampong kita ni...pintu gerbang berwajah baru diwarnai dengan pemasangan bendera sempena Hari Kemerdekaan yang ke 63 #mala...
'KENANGAN LALU...'
-
K anchong Tengah mendapat namanya berdasarkan kedudukan kampung ini terletak di antara Kampung Kanchong Darat disebelah utara dan Kampung...
-
10 NOVEMBER 2019 Berlangsung di Dewan MMA kanchong Darat, seramai 28 orang peserta beradu tenaga, skill, kemaharian dalam pertandingan ...
-
SABTU 14 OKTOBER 2017 Perghhhh sungguh meriah.... terima kasih orang kampong yang memeriahkan Pertandingan Memancing Kampung Kanchong Teng...
-
Terima kasih kepada Lembaga Zakat Selangor dan pembayar zakat kerana telah menyumbang sebuah Van Jenazah untuk kegunaan kariah kampong ini ...