Saturday 31 December 2011

Selamat Datang 2012

Tinggal beberapa jam lagi kita akan meninggalkan Tahun 2011. Sesungguhnya banyak cerita dan sejarah telah tercipta. Semoga apa yang tercatat menjadi pendoman untuk Tahun 2012. Yang baik diambil untuk tsuladan yang kurang menyenangkan jadikan sempadan. Tolehlah kebelakang sebagai pendoman kita untuk kita memacu masa depan dengan garis panduan yang telah diberikan oleh Rasulullah SAW iaitu Al-Quran dan SunnahNya. Selangor Negeri Berkebajikan semoga menjadi impian. Selamat Tahun Baru 2012 dari kami Pengerusi dan Ahlijawatankuasa.

Thursday 22 December 2011

TAHNIAH !!!!

Image DetailImage Detail


Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pelajar Kampung  yang mendapat keputusan cemerlang dalam keputusan PMR.  Yang kurang cemerlang...tingkat usaha lagi yea....masih panjang lagi perjalanan..untuk menuju puncak....Teruskan...

Tuesday 6 December 2011

Pertandingan Blog JKKK Peringkat Negeri Selangor



JKKK Kampung Kanchong Tengah telah menyertai pertandingan Blog JKKK Peringkat Negeri Selangor yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri.  Dalam Pertandingan tersebut, Kg. Kanchong Tengah telah mendapat hadiah Saguhati dengan wang tunai RM 200.00 dan sijil penyertaan.  Terima kasih diucapkan kepada semua yang terilbat secara langsung atau tidak dalam menjayakan pembinaan blog kampung ini.  Sekarang KANCHONG TENGAH 'Mata Dunia'...

Friday 25 November 2011

Salam Hijrah 1433H



Salam Maal hijrah kepada semua Muslimin dan Muslimat seluruh dunia terutama warga kampung dari Pentadbiran JKKK. Semoga kemunculan tahun baru menjadi kita bertambah baik amalan di dunia dan InsyaAllah mendapat ganjaran sebaiknya di Akhirat amin..

Tuesday 22 November 2011

Garadu rebah tersungkur...Tahniah Harimau Malaya...!!!




Malaysia captain Bakhtiar Baddrol kicks a penalty shot marking the victory for his team in the final
NONE

Tahniah dan syabas untuk Skuad Kebangsaan Bawah 23 tahun atas kejayaan mengekalkan pingat emas Sukan Sea 2011 di Jakarta - Palembang dengan mengalahkan Indonesia melalui penentuan sepakan penalti 4-3 setelah seri 1-1.  Viva Malaysia...

Thursday 17 November 2011

Tahniah !!!


Tahniah dan syabas diucapkan kepada En. Rafi Samin yang juga AJK JKKK atas kejayaan anak beliau Elis Zulaika yang telah berjaya mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan MUNTAZ dalam Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA).  Semoga kejayaan anak beliau menjadi inpirasi anak-anak kampung ini.

Tuesday 15 November 2011

SELAMAT BERJUANG ANAK KAMPUNG

Pengerusi Dan Ahli Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) mengucapkan selamat berjuang dalam 'pertempuran SPM/STPM 2011' kepada semua anak-anak watan kampung Kanchong Tengah.  Semoga mendapat keputusan yang cemerlang...



Wednesday 9 November 2011

Penduduk kampung 'Mengganas' pada Ahad Lalu...

Air free...mari kite main airrrrrr......Gereh dan Haziq....'
'Cepat sikit.... tak sabar nak angkat nie...
Aksi Pak Imam Nasirin tanpa belas kasihan...hehehehehe
'Dah ko duduk kan...ko pulas ekor nya..tak patut betul la ko Izar'.  En. Alan ko pegang ape tu????
'Kalo tak de orang dah aku bawa lariii ni...' En. mamat patut-patut laaaaa...orang lain pun nak gak....
'Timbang ni betul atau mata aku yang dah layu???? ' Fauzan
Ini sekadar gambar hiasan sahaja dan aksi ini pun hanya hiasan (eksyen jer) ahaksss....(Jangan marah En. Yusaini hikhik)
Penumbuhan 'ekor' secara candid camera...hikhikhik...AVATAR betul
Ketua Kampung (Mahadi Hj. Misro) tekun melapah...anak buah????? tengok/ambil gambo hehehehehe
Ape yang penting kerjasama....123 tarik...macam tarik tali plak...
Basuh bersih-bersih ..... suke budak-budak main air...

Friday 4 November 2011

SALAM AIDIL ADHA 1432H

Image Detail

Pengerusi dan AJK Kampung Kanchong Tengah mengucap Selamat Menyambut Hari Aidil Adha 1432 Hijrah pada 6 November 2011 yang akan disambut semua umat islam seluruh dunia.  Semoga setiap 'pengorbanan' penduduk kampung ini dalam kehidupan harian mendapat keredaanNya. 

Thursday 29 September 2011

LAMBAIAN KAABAH 1432 HIJRAH


Bermula perjalanan HambaNya yang terpilih ke Kota Suci Makkah dan Madinnah. Beruntung dan tahniah kepada yang dijemput olehNya. Semoga perjalanan pergi dan balik nanti mendapat KerahmatNya. Pengerusi dan Ahlijawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK) mengucapkan selamat pergi dan balik untuk mengerjakan ibadah haji pada tahun ini 2011, terutama kepada penduduk kampung ini yang terpilih. Semoga mendapat 'Haji yang Mabrur'...

Wednesday 28 September 2011

KORBAN KONGSI SEMPENA AIDIL ADHA 1432H




Sempena Hari Raya Aidil Adha/Hari Raya Korban 1432H yang dijangka jatuh pada 6 November 2011,  Pengurusan Masjid Annur Kampung Kanchong Tengah akan mengadakan korban Kongsi yang terbuka kepada semua penduduk kampung ini.  Kepada sesiapa yang berminat boleh berhubung dengan Pentadbiran Masjid atau Pegawai Masjid seperti nama di bawah :

Nazir (HJ. Mohd Hamidin Serimin) - 013-212 4797
Bendahari (Hj. Saroni Miro) - 019-643 0914 / 03-3187 6419

Saturday 24 September 2011

KEMERIAHAN RUMAH TERBUKA JKKK

Sungguh meriah..terima kasih kepada semua penduduk kampung yang telah hadir ke Rumah terbuka JKKK. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada dermawan yang telah menyumbang untuk majlis ini. Tidak dilupakan kepada semua AJK yang terlibat dalam Rumah Terbuka JKKK. Maaf zahir batin jika ada kekurangan. Tahun depan InsyaAllah kita buat lagi.

Thursday 22 September 2011

RUMAH TERBUKA JKKK


JEMPUTAN KE MAJLIS RUMAH TERBUKA / JAMUAN HARIRAYA KAMPUNG KANCHONG TENGAH

Syukur ke Hadrat  Allah SWT atas limpah kurniaNya serta Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhamad SAW.  Selamat hari Raya Maaf Zahir Dan Batin saya ucapkan.

Dengan sukacitanya, saya dan Ahli Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung menjemput pihak tuan dan Ahli Jawatankuasa serta keluarga hadir ke Majlis Rumah Terbuka/Jamuan Hariraya  seperti ketetapan dibawah :

            Tarikh             :           23 hb September 2011 (Jumaat malam Sabtu)
            Masa               :           9.00 Malam
            Tempat           :           Dewan Masyarakat Kampung Kanchong Tengah.

Dengan kehadiran pihak tuan, majlis ini akan bertambah seri lagi.  Semoga keakraban serta jalinan silaturrahim semakin erat InnsyaAllah.  Salam Aidil fitri sekali lagi diucapkan.

Sekian.                    

MAHADI BIN HAJI MISRO
Pengerusi JKKK / Ketua Kampung
Kampung Kanchong Tengah

LAWATAN DYMM SRI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG


MENJUNJUNG KASIH TUANKU
Pengerusi Dan Ahli Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung Menjunjung Kasih atas kesudian Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah ke atas lawatan Rasmi ke Negeri Selangor Darul Ehsan  dan khusus ke Pantai Morib Kuala Langat pada 22 September 2011.

Wednesday 17 August 2011

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN















Sempena sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang akan diraikan  pada 31 Ogos dan 16 September 2011,  JKKK Kampung Kanchong Tengah akan menjalankan kempen "SATU RUMAH SATU BENDERA".  Ini bertujuan untuk mennyematkan semangat cintakan Negara Malaysia di setiap penduduk kampung.  Pihak pentadbiran kampung akan berusaha memeriahkan dan menghias kampung dengan Jalur Gemilang sepanjang tempoh tersebut.  Diharap penduduk kampung dapat bersama-sama menyertai kempen tersebut.

SALAM RAMADHAN DAN SYAWAL 1432H


Pengerusi Serta Ahli Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) mengucapkan  'Selamat Hari Raya Aidil fitri Maaf Zahir Dan Batin' Kepada Semua Penduduk Kampung Kanchong Tengah.

'Keluputan Di Ngaporo lahir batin'




Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi. Bulan yang dengan penuh rahmat dan keberkatan.
Rasulullah SAW seringkali berdoa:
“Ya..Allah, berkatilah kami dalam bulan Syaaban, dan (panjangkan umur kami ) sehingga bertemu dengan Ramadhan.”
Betapa besarnya rahmat Ilahi bilamana kita dipanjangkan umur sehingga bertemu dengan Ramadhan. Kerana sabda Rasulullah s.a.w:
“Antara Ramadhan ke Ramadhan adalah pengampunan Allah.”
Maksudnya sesiapa yang dipanjangkan umur sehingga dapat bertemu dengan Ramadhan, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya (dosa kecil). Panjang umur bukan kerja kita, ia benar-benar hak mutlak Allah; lantaran itu marilah kita mensyukurinya.
Kelebihan Ramadhan
Bulan Ramadhan mempunyai banyak kelebihan antaranya;
1. Bulan diturunkan Al-Quran
Maksudnya: Bulan Ramadhan padanya diturunkan al-Quran yang mempunyai keterangan-keterangan yang nyata sebagai petunjuk kepada manusia
2. Bulan penuh berkat
Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang disebut sebagai bulan mulanya rahmat, ditengahnya pengampunanNya dan akhirnya merdeka daripada api neraka.
“Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, apabila bulan Ramadhan telah datang maka dibukalah pintu-pintu syurga, dihapuslah pintu-pintu neraka dan di ikatlah semua syaitan.
3. Bulan Penghapusan dosa
Maksudnya: Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa berpuasa Ramadhan dan berjaga malamnya dengan penuh kepercayaan dan ketelusan ikhlasnya nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu. .
4. Bulan diturunkan Lailatul Qadar
Maksudnya: Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran ) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apa dia Lailatul Qadar itu. Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu diturunkan malaikat dan Jibril dengan izin tuhan mereka untuk mengutus segala urusan. Sejahteralah(malam) sehingga terbit fajar.
Dipetik dari : http://www.muftiselangor.gov.my


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN UNTUK SEMUA PENDUDUK KAMPUNG KANCHONG TENGAH

Monday 1 August 2011

PENGENALAN DAN SEJARAH KAMPUNG


K
anchong Tengah mendapat namanya berdasarkan kedudukan kampung ini terletak di antara Kampung Kanchong Darat disebelah utara dan Kampung Endah disebelah selatan. 

Sejarah kampung ini telah dibuka dan diteroka oleh sebilangan kecil penduduk dari Kampung Kanchong Darat pada tahun 1961.  Juga disertai beberapa penduduk kampung Endah.

Kampung ini dihubungi oleh jalan tanah pada tahun 1970an dan pada tahun 1987 jalan tar dibina dijalan utama sepanjang 5km.

Berada di Daerah Kuala Langat, mempunyai keluasan kampung 1,107.7 hektar (2,737.18 ekar) dan tanah wakaf seluas 1.6 hektar (3.95 ekar) kampung ini agak besar berbanding dengan penduduknya seramai lebih kurang 937 orang. (Berdasarkan bancian khairat kematian).  Hampir 90% kampung ini ditanam tanaman kelapa sawit selain penempatan penduduk.

Sejauh 6km dari Pekan Banting dan 4km dari Pantai Morib.  Kampung ini adalah diluar kawasan Majlis dan dibawah Rizab Melayu.

JKKK ditubuhkan pada 20hb Mac 1973 dipengerusikan oleh Tuan Haji Sihir Bin Danuri.  Beliau menerajui JKKK sehingga tahun 2008.  Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung Kanchong Tengah kini dipengerusikan oleh En. Mahadi Bin Hj. Misro dan dibantu oleh 14 Ahli Jawatankuasa Kampung.  Ahli jawatankuasa terdiri dari penduduk kampung ini dari pelbagai bidang pekerjaaan.




SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA KAMPUNG (JKKK) 2008/2012

NAMA
JAWATAN
PEKERJAAN
MAHADI BIN HJ MISRO
KETUA KAMPUNG
BEKERJA SENDIRI
NAZLI BIN TARIVES
SETIAUSAHA
PEN.PEGAWAI TANAH
ASMADI BIN MOHAMAD ALI
BENDAHARI
BEKERJA SENDIRI
SOBOHARTO BIN AHMAD SARIMIN
AJK
PEKERJA MAS
SAMSUDDIN BIN SARING
BIRO EKONOMI,PENDIDIKAN &
SUMBER MANUSIA
PEKERJA TNB
AHMAD HAMIDIN BIN AHMAD SARIMIN
BIRO AGAMA & KEBAJIKAN
GURU AGAMA
NAZRI BIN MOHD ARSHAD
BIRO SUKAN,REKREASI & ICT
BEKERJA SENDIRI
PUAN ROSNAH BINTI DIMAN
BIRO EKONOMI,PENDIDIKAN & SUMBER MANUSIA
BEKERJA SENDIRI
AZDMI BIN ISMAIL
AJK
PEMANDU LORI
MOHD FAUZAN BIN SARING
BIRO AGAMA DAN KEBAJIKAN
INSTRUCTOR
MOHD RAFI BIN SAMIN
AJK
BEKERJA SENDIRI
MISRAN BIN DULAH
BIRO KESELAMATAN,SOSIAL & KEBUDAYAAN
BEKERJA SENDIRI
SITI ZAITON BINTI RIBUT
BIRO HAL EHWAL WANITA
SURI RUMAH
RUZITA BIN MUHAMAD SURANI
BIRO HAL EHWAL WANITA
SURI RUMAH
ROSLINDAWATY BINTI MUSANIP
BIRO HAL EHWAL WANITA
SURI RUMAH














"SELANGOR KEMEGAHANKU KAMPUNGKU KEBANGGAANKU"

PROGRAM/AKTIVITI JKKK SESSI 2008-2012

PROGRAM/AKTIVITI AHLI JAWATANKUASA  KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG KANCHONG TENGAH UNTUK SESSI 2008-2012




BIL
PROGRAM
TARIKH
TEMPAT
CATITAN
1
Majlis Penerangan Zakat oleh Pegawai  Zakat Kuala Langat
9 Dis 2008
Balai JKKK
Kanchong Tengah
Pegawai Zakat
Kuala Langat
2
Majlis Sumbangan Beg/Kasut
Sekolah Oleh Pusat Khidmat  DUN
Morib
31 Dis  2008
Dewan Masyarakat
Kanchong Tengah
Penyelaras  DUN
Morib
3
Perjumpaan YAB Dato Menteri Besar bersama  JKKK
8 Mac 2009
Kompleks Belia
Shah Alam
Peringkat Negeri
4
Program Pemindahan Mangsa
Banjir
2 Sept 2009
Dewan  Masyarat
Kanchong Tengah

5
Program Sumbangan Warga Emas
Peringkat DUN Morib
25 Mac 2010
Dewan  Masyarat
Kanchong Tengah
YB Dr Abd Rani Osman DUN  Meru
6
Gotong Royong Perdana
4 April 2010
Sekitar Kampung

7
Gotong Royong Pemasangan
Signboard Jalan
18 April 2010
Sekitar Kampung

8
Pertandingan Layang Tegak
16 Mei 2010
Sekolah Kebangsaan
Kanchong Tengah

9
Gotong Royong  Masjid
2 Mei 2010
Masjid Annur

10
Program Penghayatan Islam
Peringkat Kuala Langat
4 Jun 2010
Masjid Annur
Peringkat Negeri
Selangor
11
Program Lawatan Pemahaman
Kerajaan Negeri
29 Jun 2010
Bangunan SUK

12
Gotong Royong Perdana Sempena Bulan Ramadhan
25 Julai 2010
Sekitar  Kampung

13
Program Bubur Lambuk
Peringkat Kampung
29 Ogos 2010
Masjid Annur

14
Sambutan Hari Kemerdekaan/
Sambutan Aidil Fitri
31 Ogos 2010
Sekitar Kampung

15
Majlis Ihya Ramadhan Peringkat
Zon MPP 22
4 Sept 2010
Masjid Kanchong
Darat

16
Jamuan Hari Raya Bersama
Pemuda Kampung
2 Okt 2010
Dewan Masyarakat
Kanchong Tengah

17
Jamuan Hari Raya Bersama
Anak-anak Yatim/AIM
9 Okt 2010
Dewan Masyarakat
Kanchong Tengah

18
Sambutan Aidil Adha
Peringkat Kampung
17 Nov 2010
Sekitar Kampung

19
Pertandingan Futsal
Peringkat Kampung
27 Nov 2010
OLE Olak Lempit

20
Pertandingan Badminton
Peringkat Kampung
20 Nov 2010
Dewan Tali Air

21
Gotong Royong Dan
Mengecat Dewan
28 Nov 2010
Dewan Masyarakat
Kanchong Tengah

22
Pembukaan Gelanggang
Silat Cemandi
28 Nov 2010
Rumah En Miswan

23
Program Mengecat Surau
5 Dis 2010
Surau Ar Rahim

24
Program Talian Kasih Oleh
Muslimat PAS (Lujnah Kebajikan/
Kemasyarakatan.
28 Dis 2010
Dewan Masyarakat
Kanchong Tengah
Penyelaras DUN Morib
25
Tahsinul Wal Qiraat Anjuran
Ahli Parlimen K Langat
8 Jan 2011
Masjid Annur

26
Gotong-Royong Pindah Rumah
Ke Program Rumah Prihatin
27 Feb 2011
Rumah En Ribut
Hj Sirat

27
Kawalan Keselamatan/Mencegah
Jenayah Sepanjang Malam
Awal Tahun 2011
Sekitar Kampung

28
Gotong-Royong Kampung
24 April 2011
Sekitar Kampung

29
Program Marhaban/Nasyid Bagi
Pemuda Kampung
Sepanjang Tahun
Rumah En Arshad

30
Program Ziarah Warga
Emas/Uzur
31 Julai 2011
Rumah Yang Berkaitan






MERDEKA MERDEKA MERDEKA #MALAYSIA PRIHATIN

Meriah sungguh kampong kita ni...pintu gerbang berwajah baru diwarnai dengan pemasangan bendera sempena Hari Kemerdekaan yang ke 63 #mala...

'KENANGAN LALU...'