PENGENALAN















K


anchong Tengah mendapat namanya berdasarkan kedudukan kampung ini terletak di antara Kampung Kanchong Darat disebelah utara dan Kampung Endah disebelah selatan. 



Sejarah kampung ini telah dibuka dan diteroka oleh sebilangan kecil penduduk dari Kampung Kanchong Darat pada tahun 1961.  Juga disertai beberapa penduduk kampung Endah.



Kampung ini dihubungi oleh jalan tanah pada tahun 1970an dan pada tahun 1987 jalan berturap tar dibina dijalan utama sepanjang 5 KM.


Berada di Daerah Kuala Langat Mukim Klanang, mempunyai keluasan kampung 1,107.7 hektar (2,737.18 ekar) dan tanah wakaf seluas 1.6 hektar (3.95 ekar) kampung ini agak besar berbanding dengan penduduknya seramai lebih kurang 937 orang. (Berdasarkan bancian khairat kematian).  Hampir 90% kampung ini ditanam tanaman kelapa sawit selain penempatan penduduk.


Sejauh 6 km dari Pekan Banting dan 4 km dari Pantai Morib.  Kampung ini adalah diluar kawasan Majlis dan didalam Rizab Melayu.


JKKK ditubuhkan pada 20hb Mac 1973 dipengerusikan oleh Tuan Haji Sihir Bin Danuri.  Beliau menerajui JKKK sehingga tahun 2008. 

 Pada Tahun 2008 sehingga 2018 Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung Kanchong Tengah dipengerusikan oleh En. Mahadi Bin Hj. Misro dan dibantu oleh 14 Ahli Jawatankuasa Kampung.


Bermula 2019 JKKK telah dijenamakan semula sebagai MAJLIS PENGURUSAN KOMINITI KAMPUNG (MPKK) yang diketuai oleh En. Soboharto Bin Ahmad Serimin dengan 11 Ahli jawatankuasa terdiri daripada anak jati kampung ini.





SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA MPKK
SESSI 2019 – 2021




BIL

NAMA

JAWATAN

1.

En. Soboharto Bin  Ahmad Serimin

Pengerusi

2.

En. Nazli Bin Tarives

Setiausaha

3.

En. Mohamad Shafiq Izwan Bin Ismadi

Pengurusan Kewangan

4.

Puan Azidawati Binti Mohd Rohani

Pembangunan Prasarana

5.

En. Fadzil Mohtar

Keselamatan & Kesihatan

6.

En. Saiful Bin Misraini

Ekonomi & Keusahawanan

7.

Puan Rosmawati Bin Musanip

Kesejahteraan & Keceriaan

8.

En. Mohd Fauzan Bin Saring

Pendidikan & Inovasi

9.

En. Ali Imran Bin Saroni

Pemantapan Spiritual

10.

Puan Siti Zaiton Binti Haji Ribut

Kebajikan & Kesukarelawan

11.

Muhd Aiman Firdaus Khalil Saferi

Belia, Sukan & NGO

12.

En. Khairunizam Bin Talib

Infrastruktur & Komunikasi

13.

Puan Ouzinani Binti Ahmad

Hal Ehwal Wanita & Keluarga










MERDEKA MERDEKA MERDEKA #MALAYSIA PRIHATIN

Meriah sungguh kampong kita ni...pintu gerbang berwajah baru diwarnai dengan pemasangan bendera sempena Hari Kemerdekaan yang ke 63 #mala...

'KENANGAN LALU...'