TEMPAT MENARIK

HOMESTAY TUK IJAH














KOMPLEKS PENGUMPULAN LADANG

Kompleks Pengumpulan Ladang ini ditubuhkan untuk membantu penduduk-penduduk kampung yang tidak mempunyai tanah untuk bertani.  Bertujuan agar tanah yang terbiar diusahakan.  Luas kawasan ini kira-kira 40 hektar (100 ekar).  Kawasan ini dipantau sepenuhnya oleh Jabatan Pertanian Daerah Kuala Langat dan ianya merupakan salah satu tempat lawatan bagi program Homestay.  Projek pertanian ini dijalankan 37 orang peserta yang terdiri daripada penduduk Kampung Kanchong Tengah dan Kampung Endah.  Kawasan pertanian ini menanam pelbagai jenis sayur-sayuran dan tanaman kontan secara kelompok.
   



Hasil peladangan dipasarkan di Pasar Borong Selayang dan Pasar Borong Klang. Dengan tiga (3) kali bekalan sehari iaitu bekalan pagi, bekalan tengahari dan bekalan petang.  Selain dari itu hasil peladangan ini juga dipasarkan di Pasar Tani di sekitar Lembah Kelang dan pasar-pasar malam dalam daerah Kuala Langat. Jabatan Pertanian Kuala Langat juga ada mengadakan kontrak kerjasama bersama FAMA bagi penanaman jagung yang mana hasil boleh didapati dalam tempoh dua (2) bulan yang mana hasil tanaman jagung ini dipasarkan oleh FAMA.

















MERDEKA MERDEKA MERDEKA #MALAYSIA PRIHATIN

Meriah sungguh kampong kita ni...pintu gerbang berwajah baru diwarnai dengan pemasangan bendera sempena Hari Kemerdekaan yang ke 63 #mala...

'KENANGAN LALU...'