FAQS

Soalan-soalan lazim

Dimanakah terletaknya Kampung Kanchong Tengah?
Terletak di Daerah Kuala Langat bersempadanan dengan Kampung Kanchong Darat dan Kampung Endah.  Jarak diantara Pekan Banting adalah sejauh lebih kurang 6km dan 4km dari Pantai Morib.

Bilakah kampung ini dibuka?
Kampung ini dibuka seawal tahun 1961 oleh sebahagian penduduk Kampung Endah dan Kanchong Darat dan sejak itu ianya terus berkembang sehingga ke hari ini.

Apakah kemudahan awam yang ada di kampung ini?
Sekolah Rendah Kebangsaan (SKKT), Sekolah Rendah Agama (SRA), Tadika, Balai Masyarakat, Masjid, Surau, Jalan berturap, Kedai Luar bandar, lampu jalan dan sebagainya telah diwujudkan.  Kemudahan asas seperti air, telefon dan elektrik memang telah sediada.


Apakah keistimewaan kampung ini?
Penduduknya yang ramah dan hidup suasana kampung sungguh harmoni jauh dari hiruk pikuk bandar.  Suasana kampung memang menjadi idaman semua orang.

Apakah aktiviti utama kampung?
Penduduk kampung terkenal dengan 'ringan tulang' bergotong-royong/rewang/sinoman pada setiap program/kenduri yang diadakan.

Berapa ramaikah jumlah penduduk kampung ini?
Mengikut bancian khairat kematian, hampir 1,000 orang menduduki kampung ini.  Hampir keseluruhan (90%) penduduk adalah berketurunan Jawa.

Apakah produk Industri Kecil Sederhana (IKS) kampung ini?
Beberapa perusahaan membuat tempe dan kerepek yang dikini dipasarkan sekitar Lembah Klang.  Selain dari itu Bengkel Kereta, Bengkel Mengecat Kenderaan, Bengkel Besi (Welding) dijalankan oleh penduduk kampung ini.

Adakah program-program Kerajaan Negeri (Program M.E.S) dapat disalurkan di kampung ini?
Ya, banyak program Kerajaan Negeri yang penduduk kampung ini dapat nikmati seperti Bekalan Air Percuma 20 meterpadu, Program Blue Print, Rumah Kerajaan Prihatin, Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Skim Mesra Usia Emas,  Hadiah Anak ke Universiti dan sebagainya.  Program-program ini disalurkan melalui Pejabat Daerah Kuala Langat serta Pusat Khidmat DUN Morib sebagai koordinator/penyelaras.

Bagaimana hubungan penduduk kampung dan Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK)?
Hubungan amat baik sekali dan setiap permasalahan/bantuan akan diberikan kepada yang berkenaan/memerlukan.  Contoh terbaik adalah kawalan malam disertai segenap penduduk yang perihatin tentang keselamatan kampung dalam mencegah jenayah.




MERDEKA MERDEKA MERDEKA #MALAYSIA PRIHATIN

Meriah sungguh kampong kita ni...pintu gerbang berwajah baru diwarnai dengan pemasangan bendera sempena Hari Kemerdekaan yang ke 63 #mala...

'KENANGAN LALU...'