PRODUK IKS


           



 ASRIN WELDING
Dari belajar mengikut/bekerja, sekarang sudah membuat bengkel welding sendiri.  Pelbagai rekabentuk/jenis berkaitan besi boleh ditempah.  Nak pasang ‘grill’ tingkap/rumah rumah.  Boleh Order pada Abang Yin (Asrin) : 014-830 5956








ATHONG GARAGE
Berpengalaman lebih 10 tahun dari menjadi pekerja di bengkel kereta sekarang beliau telah menjadi ‘Tauke’ kepada bengkelnya sendiri.  Pelanggan beliau amat berpuashati hasil kerja beliau dan tidak hairan beliau dikenali di kawasan sekitar kampung/Pekan Banting.  Ingin masuk ‘Half-Cut’, kereta/enjin bermasalah boleh hubungi Kinthong (Shahairul) : 013-379 0187














PERUSAHAAN KEREPEK/TEMPE
Berusia 39 tahun, Azman Bin Hj. Ramlan mengusahakan pelbagai kerepek dan tempe di rumah beliau di Jalan Permai, Kampung Kanchong Tengah, 42700  Banting, Selangor Darul Ehsan.  Membuat tempe/kerepek secara tradisional secara kecil-kecilan bermula dari dapur rumah dan sekarang boleh berbangga kerana produk keluaran dipasarkan di sekitar Banting dan Lembah Klang.  Ingin merasa tempe asli? Marilah datang ke Kampung Kanchong Tengah dan rasai keenakan hasil tangan dari ‘Abang Jeman Tempe’ No. telefon : 013-641 7510



MERDEKA MERDEKA MERDEKA #MALAYSIA PRIHATIN

Meriah sungguh kampong kita ni...pintu gerbang berwajah baru diwarnai dengan pemasangan bendera sempena Hari Kemerdekaan yang ke 63 #mala...

'KENANGAN LALU...'